Sunday, November 21, 2010
Perjalanan
Dan ketika aku sedang nyenyak tidur didalam kereta tanpa membaluti apa2, kedengaran air mula menitik di bumbung kereta kepunyaan ayah aku. Dengan lebat sekali. Aduhh. Tapi takpe, mungkin hujan rahmat, kan? Huh, pada pagi itu juga, aku masih mempunyai tenaga yang cukup kuat untuk melawan rasa sejuk aku yang mula menyerang diri aku. Namun sekarang kesemua tenaga itu sudah digunakan. Terus lenyap. Gahhh. Tapi dengan rela hati, aku mula mendongak kepala aku ke depan untuk melihat jam menunjukkan pukul berape ...... What, are kidding me?!
3am. Aku tidak sedar bahawa sekarang sudah pukul 3pagi. Lambatnye ayah aku bawak kereta. Bertolak pukul 11mlm. Dan sepatutnya sekarang ni kereta ni sudah lame berhenti bergerak dan sudah diparkir di sebelah rumah kampung aku. Kerana perjalanan dari rumah aku di Sungai Buaya ke Pulau Pinang adalah hanya 4 jam. Tapi tak mengapa kerana aku paham bahawa mungkin ayah aku kepenatan setelah bekerja pada siang hari. Serta kemas rumah :|
Shoot! Aku ingatkan nak pergi rumah nenek aku di Kepala Batas. Tapi aku tengok kereta ni menuju ke bilik bujang ayah aku berdekatan ngan tempat kerja ayah aku. YAY? Haha. Macam nih, di kampung halaman aku, takde connection untuk aku on9 laptop ni. Ntahh aku pon tak tahu. Maybe P1 wimax tak dilancarkan lagi di Penang. Ahhh leceh arr.
Kat bilik bujang kepunyaan ayah aku pula, kemudahan sudah disediakan seperti WIFI. Whoop2. Senang cikit. Sekarang nih aku dapat ber-blogging ni disebabkan kemudahan wifi di bilik ayah aku. Kalau tidak, takde nye aku nak update blog nih. Dan tak kuase aku nak sentuh laptop aku nih. Cehh :P
Alamak, LAPAR la pulak. Nak makan. Tapi, tak tahu memasak -____- ahh, makan biskut jelah. Sekadar nak alas perut je.
6am. Yaa solat2. bai ^^ ~
p/s: Qistina; YEP. Ayat gua memang seperti ayat didalam novel. Saje mahu mempertingkatkan subjek lemah aku iaitu, BM ;O
HARAP MAKLUM (;
i miss youLike it, click it! ;)