WELCOME !

You follow me, and i will follow you back, by just leaving your URL here in Shoutbox. ThanksMonkey Emoticons

Tiamo ♥

Daisypath Friendship tickers
''whenever i feel sad, lonely or happy..
that's when my fingers start dancing on the keyboard to make an entry..''

Monday, November 29, 2010

Hyperactive !

Woit
Sudah lama aku tidak meng-update blog. Sehingga laptop kesayangan aku nih sudah diselaputi dengan habuk2 yang sudah lama menetap di situ tanpa pengetahuan aku, malah adik aku juga tidak perasan kerana laptop itu di sorok di tempat yang amat sukar untuk mata aku mencarinya. Mengapa pulak? Sedangkan engkau dah pakai cermin mata yang telah membantu engkau untuk melihat dunia lebih baik. Cehh :|

MATA AKU SAKIT TAHU TAK >.<

Ntah ape bende yang wujud dalam mate aku nih. Mengganggu betul. Nak makan sakit, tgk tv sakit, nak tengok pemandangan warna hijau yang indah lagi menyihatkan .. pon sakit. Tapi aku just kene sabar.

sabar

Sabar

SABAR

-___________________-'

Sudah beberape hari, still the same. No respons. OMG :O

..

Duduk dekat kampung dengan ketiadaan internet, aku hanya duduk di rumah goyang kaki. Tengok tv sambil melahap jajan. WOII. Takde kerje ke?! =='

Tetapi, nasib baik sepupu perempuan aku datang menyelamatkan aku daripada lemas ke alam yang tiada aktiviti yang berfaedah. Mereka bawak aku ke kediaman dyeorng di Taman...ape entah name taman uh, dah lupe -___-

Jadi aku tidur disana selama seminggu kot. Yaaaa amat menyeronokkan ! Umur dye sebaya dgn aku. Cun. Hoho.
Selama aku berada disana, sering aku ke taman dan terperak dalam bilik entah ape yang kteorng buat kat dalam. Girls thing (;

Dan setiap malam bermula dari tengah malam hingga ke pagi buta, aku, adik aku serta sepupu perempuan aku, datang menyerbu ke bilik abg sepupu berdekatan dengan bilik kami. Sekejap, ade 2 orang. Namun aku menggelar mereka sorang abg Jahat dan sorang abg Baik. Ade la sebab2 nye aku menggelar mereka mcm tuh. Yaa dan kami bercadang untuk menyimbahkan air yang sejuk yang telah kami bekukan dengan tambahan ketul ais sekali ke badan mereka yang tidak dilaputi oleh sebarang selimut, dan ketika itu mereka sedang nyenyak tidur sedang dibuai mimpi. Padan muka, haha. Tapi BEST!

And we named this cool game, 'MIDNIGHT WATER FIGHT'. Yeahhh.

Then tibenye hari Ahad, keluarge sepupu aku cadang untuk pergi mandi dekat sungai. YAY. But unfortunately, parent aku datang menjemput aku untuk balik ke kampung aku. Fuhhh. Takkan lupe memori indah bersama mereka. Then ayah aku pulak cadang untuk membawa kteorng tgk wayang RAPUNZEL. Best kot, haha. And I have the best time with my family, ily.


Malam tadi. Whoooaaa. Shopping sakan! Bapak aku belanja, YES. :DLike it, click it! ;)
Grazie mille :)

Sunday, November 21, 2010

Perjalanan

Fuhh. Sampai jugak aku kat kampung nih. Semasa ayah aku tgh bawak kereta, hembusan angin yang sejuk mula menyerang aku. Itu didalam kereta. Hish, gile arrhh. Didalam kegelapan yang mula menghantui diriku, aku mencuba untuk mencari ape jua kain yang boleh membalut badan aku yang kesejukan. Namun semuanya sia2. Aku tak dapat jumpe sebarang kain pon. Ahhhh malas aku. Baik sambung tidur :|

Dan ketika aku sedang nyenyak tidur didalam kereta tanpa membaluti apa2, kedengaran air mula menitik di bumbung kereta kepunyaan ayah aku. Dengan lebat sekali. Aduhh. Tapi takpe, mungkin hujan rahmat, kan? Huh, pada pagi itu juga, aku masih mempunyai tenaga yang cukup kuat untuk melawan rasa sejuk aku yang mula menyerang diri aku. Namun sekarang kesemua tenaga itu sudah digunakan. Terus lenyap. Gahhh. Tapi dengan rela hati, aku mula mendongak kepala aku ke depan untuk melihat jam menunjukkan pukul berape ...... What, are kidding me?!

3am. Aku tidak sedar bahawa sekarang sudah pukul 3pagi. Lambatnye ayah aku bawak kereta. Bertolak pukul 11mlm. Dan sepatutnya sekarang ni kereta ni sudah lame berhenti bergerak dan sudah diparkir di sebelah rumah kampung aku. Kerana perjalanan dari rumah aku di Sungai Buaya ke Pulau Pinang adalah hanya 4 jam. Tapi tak mengapa kerana aku paham bahawa mungkin ayah aku kepenatan setelah bekerja pada siang hari. Serta kemas rumah :|

Shoot! Aku ingatkan nak pergi rumah nenek aku di Kepala Batas. Tapi aku tengok kereta ni menuju ke bilik bujang ayah aku berdekatan ngan tempat kerja ayah aku. YAY? Haha. Macam nih, di kampung halaman aku, takde connection untuk aku on9 laptop ni. Ntahh aku pon tak tahu. Maybe P1 wimax tak dilancarkan lagi di Penang. Ahhh leceh arr.

Kat bilik bujang kepunyaan ayah aku pula, kemudahan sudah disediakan seperti WIFI. Whoop2. Senang cikit. Sekarang nih aku dapat ber-blogging ni disebabkan kemudahan wifi di bilik ayah aku. Kalau tidak, takde nye aku nak update blog nih. Dan tak kuase aku nak sentuh laptop aku nih. Cehh :P

Alamak, LAPAR la pulak. Nak makan. Tapi, tak tahu memasak -____- ahh, makan biskut jelah. Sekadar nak alas perut je.

6am. Yaa solat2. bai ^^ ~

p/s: Qistina; YEP. Ayat gua memang seperti ayat didalam novel. Saje mahu mempertingkatkan subjek lemah aku iaitu, BM ;O

HARAP MAKLUM (;

i miss youLike it, click it! ;)
Grazie mille :)

Friday, November 19, 2010

Holiday

SEMALAM PUNYA CERITA ~

Pertama kali dalam seumur hidup aku, akhirnya, aku sudah menjejak kaki di lantai yang berkilauan serta mencium haruman di tempat yang aku tidak pernah kunjungi iaitu, Sunway PYramid. Aku disini baru pertama kali, orang2 luar disana tuh, ntah dah bape kali mereka hangout kat sana. Mungkin beratus2 kali. MUNGKIN. Anyway, aku ade nampak tempat ice-skating. Fuuhhh. Teringat zaman silam aku ketika di Italy. Sering bermain aktiviti tu apabila bumi mencecah below negetive. Rindu~

Ah, lupekan masa silam, dan mari kita meneruskan kehidupan dan memikirkan masa hadapan. Cehhh :|

Then aku tengok movie dekat tv besar. Best cite uh. Kepale nya besar dan bewarna biru. Ahh, takpelah, buang mase aku je. Megamind. Seperti budak2 kan? But so what. Sume orang tengok. Even orang tua pon tengok. Hoho, melebih plak -_-'

Di malam hari pula, aku ke bandar yang penuh dengan pokok yang bersinar2 serta bewarne-warni yang mampu menarik perhatian aku. Fuhh. Cantik gile beb. Bersemangat gile nak tangkap gambar. Tapi, aku tidak sepandai WAN HARITH. Hanya ini yang aku boleh hasilkan.














<3 PHOTOGRAPHY (;


HARI NI PUNYA CERITA~


Hari sungguh mendung. Langit di awan sudah mula menghembuskan angin yang begitu nyaman sekali sehingga mencecah kulit kepala aku. Dan setelah itu, air mata yang suci jatuh dari langit menyebabkan bumi basah kuyup dengan kehadiran air hujan. Kehangatan di kawasan ini terus lenyap dan bertukar menjadi kedinginan yang amat kritikal. Pokok2 yang terletak di hadapan rumah aku, sedang menari mengikut hembusan angin yang begitu lembut sekali.


Okay, sudahlah. Kerja aku hanya merapu saje. Malam kang kene pegi siap2 untuk makan di luar, dekat 6 point ajeeeee. HAHA. Okay, bai :|Like it, click it! ;)
Grazie mille :)

Wednesday, November 17, 2010

Jamuan Kelas 1 Al-Khindi 2010

Post tentang jamuan kelas ini sepatutnya dibuat semalam, sekarang dah pukul 2 pagi dan itu bermakna bahawa sekarang dah masuk Hari Raya Aidiladha. Tetapi memandangkan aku tiada di rumah malah berada di rumah nenek untuk makan tengah hari, aku buat akan buat post pada pagi2 yang indah ini ketika semua makhlok2 TUHAN sedang nyenyak tidur dan sedang dibuai mimpi ntahpape. Cehh.

Haaa, perasaan tidak sabar sudah mula menyerang aku untuk mengadakan jamuan kelas bagi 2010 serta menangkap gambar mahupun merakam gambar untuk dijadikan kenangan. Fuhhh, gile ar. Dan juga aku ade bawak makanan sedikit untuk disedekahkan kepada kawan2 aku yang teramat lapar seperti bertahun2 tidak makan. Cehh. Melebih plak. Macam2 jenis makanan dyeorng bawak. Fuhhh, sedap2 semua. Dan sejurus saja kami ke kelas kami iaitu 1 Al-Khindi, depan mata aku dapat melihat kerusi kayu serta kerusi plastik sudah jatuh tergolek menyembah bumi. Sampah sarap pula belum disapu lagi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, serta habuk yang sedang beterbangan di kelas. Ayat len mcm. Tapi biakan, saje nak panjangkan post (;

SEBELUM DAN SEMASA JAMUAN DIJALANKAN






^
'
'- Air :|



^
'
'- Spaghetti Ustazah Norimani <3 sedapp .



^
'
'- Kek Qistina



^
'
'- Rubhin, Prevein and Kumaresan :D



^
'
'- HAHA !



^
'
'- MAKNYAH !



^
'
'- Forward, backward -____- Fendi dan Syahmir.


^
'
'- Su'aidah. Eileen. Nabila. Umairah. Hazaleez (;



^
'
'- Sarah. Fatin. Umairah. Zulaikha (;




^
'
'- Darshini. Amirah Hanani. Khairunnisa (;



^
'
'- Cikgu Muliyadi .



^
'
'- Pink American Lady aka Rubhindran. HAHA !


Awwww<3 im gonna miss this !Like it, click it! ;)
Grazie mille :)

Saturday, November 13, 2010

Anugerah Cemerlang SKBSB 2010

Ohoi. Sudah berape hari aku terperap kat dalam rumah aku dengan ketiadaan penghuni tetap. Sekejap2 keluar, sekejap2 tidak. Kenape? Itu aku tidak perlu cerita. Tapi jika ia berterusan, pening aku dibuatnya. Aku jugak terlibat dengan aktiviti yang tiada penamatnya. Harus pergi ke rumah nenek aku di kemboja untuk makan lunch. Mak aku tidak punya tenaga yang mencukupi untuk memasak. Lagi2 mengharungi keperitan yang sedang dialaminya. Ia bukan jenis penyakit, tetapi ... Ah. Tak perlu cerita. Tak penting.

Sekali lagi aku telah mengharungi malam yang penuh berkat. Lagi2 hari Jumaat. Cehh. Seperti biase aku akan berjaga dari ke malam buta hingga ke pagi buta untuk mengawasi mana2 toyol yang mahu mencuri duit aku yang tersimpan didalam tabung sehingga melimpah ruah. Ahh, menabung pon tak mula lagi. Tapi dulu pernah, skang habis wang tersebut digunakan untuk beli keperluan aku. Hoho sengal.

Bersemangat sungguh aku untuk pergi ke Sekolah Rendah. Sebelah istana mahligai yang berwarne biru. Tujuan aku untuk ke sana adalah untuk memberi sokongan kepada adik aku kerane dye mendapat beberape anugerah. Tapi itu bukan yang utama. Snap*. Haa anda semua sudah faham? Jika otak korang masih tiada jawapan yang tepat, boo to you. Ehem2 .. photographer. Yang di atas itu hanya klu. Sesaje.

Disana aku bertembung dengan Qistina. Wahh happy gile aku. Teman sejati aku sudah datang menyelamatkan keadaan disana. Bosannnn yang teramat. Secara tiba2, perkara yang aku tidak sukai mula datang menyerbu aku .. memory card tertinggal! Huh. Bengang gila aku time uh. Seperti mahu menjerit sekuat hati sehingga tekak sakit. Tapi, tidak mungkin aku berbuat begitu. Kerane jika aku berbuat demikian, orang akan mengatakan bahawa aku sudah gila O.o

Niat aku bersama Qistina untuk kesana dengan menangkap gambar2 yang cantik, sudah lama pupus .. sejak aku menjadi sedikit tidak waras apabila sudah mengetahui bahawa memory card kamera aku tertinggal. Ahh! Rugi2. Lagi2 time adik aku tgh ambik anugerah. Tapi takpelah, sume tu boleh simpan dalam otak. Ting2! Sudah save~

Haaaa dan aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang penyayang bernama Mello Nazz kerane telah meng-editkan blog ini. Heeee~ xD

Sekian, wassalam (;Like it, click it! ;)
Grazie mille :)

Sunday, November 7, 2010

Hari Terbuka TUDM













:D
Im away for a few days. Pergi ke Butterworth, Penang cuz ade Hari Terbuka TUDM. Wahhh, im already excited. Mahu jadi photographer disana sebentar n my duty is only taking pictures. Hasilnya? Di atas sana tuhh .. hope u like it (;Like it, click it! ;)
Grazie mille :)

Monday, November 1, 2010

Fun (;

HAI
Dekat sekolah, perhimpunan telah diadakan. Wahh, itu bermakna sudah tibe masenye aku bersiap sedia untuk mengambil hadiah sempena Bulan Bahasa. Gementar aku. Hati berdegup dengan kencang sekali. Namun, aku tunggu dan tunggu. Akhirnya takde. Fuhh. Kata puan Hamizan, Puan Hasinah tidak hadir. Yay :|

Semase di kelas pula, perasaan bosan sudah mula menyerang aku. Exam macam biase, ict, sivik dan seni paper 1. Apabila aku sedang murung di tempat duduk aku, rakan2 aku telah menceriakan suasana sedih aku. Haha, kami ketawa puas2. Sehingga cikgu pon buat tak hirau, biaselah, dah merdeka. Whoop2~. Sungguh seronok kami berbicara, tak ingat dunia. Loceng berbunyi tanda sudah masuk waktu rehat. Rehat ingat plak yee. Sungguh lapa, tak sarapan. Hanya sendawa angin, tak sedap betul =='

Pengunguman telah dibuat oleh ayahanda pagi tadi. Katanya esok semua pelajar wajib memakai pakaian baju sukan atau t-shirt putih. Sebab nak mendaki bukit. Eh, macam tak percaye je. Perasaan tak sabar dan seronok telah timbul selepas beberape saat mendengar pengunguman itu. Seperti mahu menjerit kegembiraan. Tapi aku harus kawal diri dan tak mahu jadi terlalu over excited kerane takut tak jadi pulak. Memalukan sahaja. Syok sendiri. Kang orang ingat aku nih gila. Lebih baik duduk diam2 and shut my mouth :|

Kata Khaira, dekat kelas 1 Khawa n 1 Khindi, math ramai yang fail. WHAT?! I cannot believe it. Aku berdoa agar aku tidak gagal dalam math. Math memang subjek aku yang paling lemah. Hate it. Walaubagaimanapun, aku tetap berusaha untuk memperbaiki insan yang lemah ini seperti aku.

Nazri and Darren datang lepak kat rumah aku. Tak de buat ape2. Hanye on9 dan menikmati snack2 yang telah kuberikan. Dyeorg selalu dtg. Ape, dyeorng igt rumah aku nih tempat melepak ke?! Padahal aku yang ajak sendiri, haha (;

Baiklah, jam sudah menunjuk pukul 6ptg. Nak pegi keluar rumah sebentar untuk menghirup udara segar yang nyaman.

Maaflah jika ayat seperti karangan atau NERD :D

BYE!Like it, click it! ;)
Grazie mille :)